Papa suka makan ayam Peri Peri kat kedai tuuuutttttt…….So Papa cari resipi, and buat..bagi Mama makan..dia kata sedap.. pastu Papa konpiden terlebih Papa buat la kedai makan nama Chicken Royale.

Pas tu Papa tambah menu lain mcm Cheese Leleh sekuali, Nasi ciptaan Papa sendiri dan mcm mcm lagi. Papa bukan Chef. Masak kat umah pun kadang hangit. Tapi Papa suka makan benda pelik…So itu yang Papa nak share kat korang…Itu je citer Papa sebenarnya

kejayaan terbesar Chicken Royale apabila mereka (pelanggan) pulang dengan senyuman.

Papa CR

jap Sapa PAPA ni ?

 

Papa la pengasas bersama Chicken Royale.. Acah acah mcm founder produk tapi bukan la Papa jual kosmetik timbang kilo. Papa jual makanan yang Papa rasa sedap kat tekak Papa

nak kata pandai niaga tu tak la. Tapi ada la experience kerja dgn beberapa syarikat F&B dan syarikat jual francais. Dari jadi kuli, sampai sampai jadi General Manager.. last sekali dua kali gak Papa dapat jadi CEO syarikat orang. Agak diaorang rasa Papa boleh buat kot…Papa tibai jer la..

Alhamdulillah, sekarang business sendiri…Papa combine minat makan makan dgn pengalaman kerja.. Jadi la Chicken Royale ni… ok tak ?

The Hulubalang

 

Kalau korang memang follow Chicken Royale kat media sosial, korang akan perasan Papa akan dibantu oleh Hulubalang. Sapa hulubalang ni ?


Sebenarnya , bukan Hulubalang jer… ada beberapa lagi.. sebenarnya diaorang la tulang belakang yang menjadikan Chicken Royale

Team Hulubalang - Yang operate kedai hari hari. Masak dan serve korang

Team Pendekar - Diaorang duduk central kitchen. Yang siap kan rempah, perap ayam ni semua diaorang la. Sikit hari lagi Papa ajar diaorang sembelih ayam gak kang

Team Pahlawan - Ni la geng supervisor dan pengurus kedai. Omputeh kata management team.

Team Penglipurlara - Diaorang la yang jadi marketing Chicken Royale. Nak kasi vey-ral vey-ral acah acah femes ni. Haaa..tu la kerja diaorang

Team SriKandi - Back office team .. Ada Finance, HR, Training, Customer Service.. Setakat ni semua pompuan.Tapi kalau akan datang ada laki masuk kerja team ni..nasib la… kena gak panggil srikandi